ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Sunday, September 16, 2012

SURAH AL-FATIHAH

*Makna ayat : 

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian 'alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan ( Hari Akhirat ).
  5. Engkau-lah sahaja ( Ya Allah ) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
*Tafsir ringkas :
  •  Surah ini dinamakan Al-Fatihah yang bererti pembukaan. Surah ini diturunkan di Mekah dan mempunyai tujuh ayat. Allah memerintahkan kita supaya memulai bacaan Surah Al-Fatihah dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah, kerana Dia-lah yang memberi rahmat kepada sekalian mahlukNya. Disambung dengan sebutan Allah bersifat penyayang. Oleh sebab itulah segala pujian hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja dan Allah jugalah yang menjaga dan mengurus seluruh alam. Dia yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang melimpahkan rahmat-Nya kepada sekalian mahlukNya. Dia juga berkuasa pada Hari Kiamat.
  • Hanya kepada Allah kita menyembah dan beribadat. Penyembahan dan perhambaan diri khusus untuk Allah sahaja demi menyatakan takwa dan keimanan kepadaNya dan sesungguhnya Allah itu amat pemurah lagi amat Maha Sempurna. Oleh sebab itu hanya kepada Allah sahaja kami memohon sebarang hajat kami. Tunjukilah dan pimpinlah kami ke jalan yang lurus yaitu jalan yang diikuti orang-orang yang baik dan orang-orang yang telah diberikan nikamat kepada mereka oleh Allah. Dan kami minta dijauhkan jalan yang diikuti oleh orang-orang yang tidak disukai Allah apatah lagi orang-orang yang sesat.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger