ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Tuesday, May 31, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : BERANI KERANA BENAR.






BERANI KERANA BENAR.


* Sirah :
Bilal Bin Rabah dengan berani menyatakan kebenaran Islam kepada Umayyah. Umayyah sangat marah lalu Bilal Bin Rabah dikurung tanpa memberi makanan dan minuman. Bilal Bin Rabah juga diseksa dan dipaksa meninggal agama Islam namun Bilal Bin Rabah tetap dengan pendiriannya dan berani menyatakan kebenaran Islam. Bilal Bin Rabah sedikit pun tidak merasa takut kerana yakin dengan pertolongan Allah. Beliau berani kerana benar.

* Erti Berani Kerana Benar :
~ Berani menyatakan kebenaran Islam dan sanggup menempuh kesusahan untuk mendapat keredaan Allah.
~ Sifat berani kerana benar adalah sifat yang terpuji sesuai dengan hadith Rasulullah S.A.W.

Bermaksud :  Katakan yang benar walaupun ia pahit.




* Pengajaran :
~ Sifat berani akan mendurung seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.
~ Sifat berani yang dituntut oleh Islam ialah berani menyatakan kebenaran ajaran Islam kepada sesiapa sahaja.
~ Sifat berani yang terkeji dan dilarang didalam Islam ialah berani dalam melakukan perkara dosa seperti berani membunuh , merompak dan sebagainya.
~ Sifat berani akan menambahkan keimanan kepada Allah dan mendapat keridaan dari Allah.

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : AT-TAWADUK.

CONTOH GAMBAR TAWADUK.



Dalil Hadith :

Ertinya : Dari 'Iyad Bin Himar r.a. telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W telah diwasiatkan kepada aku Allah supaya merendah diri sehingga tidak ada kemegahan seseorang itu keatas yamg lain dan tidak ada melampawi seseorang keatas yang lain.
                                                                                 ( Diriwayatkan oleh Imam Muslim )


~ Tawaduk ialah merendahkan hati dalam melakukan ibadat atau kerja.

* Ciri bersifat Tawaduk :

~ Beristiqamah.
~ Tidak sombong.
~ Merendah hati.
~ Sanggup melakukan apa jiwa pekerjaan yang halal.

* Kelebihan Tawaduk :
~ Dikasihi Allah dan Rasul.
~ Dikasihi ibubapa , rakan dan manusia.
~ Menjadikan diri rajin mengerjakan ibadat.
~ Terhindar daripada bersifat mazmumah.

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : ADIL.

MEMBERI MAKANAN KEPADA MANGSA STUNAMI ADALAH PERBUATAN ADIL.


* Adil ialah bertindak dengan saksama dalam memberikan hak kepada orang yang benar berhak menerimanya.

* Ciri-ciri Adil :
~ Bertindak tanpa pilih kasih.
~ Memberi hak kepada yang berhak menerima.
~ Berfikir dahulu sebelum bertindak.
~ Menyiasat dan menyelidik sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

* Kebaikan Bersifat Adil :
~ Dikasihi Allah dan Rasul.
~ Disukai ibubapa , rakan dan masyarakat.
~ Dapat memelihara hubungan baik sesama manusia.
~ Dapat memuaskan hati semua pihak.
~ Mengelalakkan pertelingkahan dan permusuhan.
~ Memelihara keamanan dan kesejahteraan.

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : AL-SYUKUR.

BUDAK ITU BERSYUKUR DENGAN APA YANG ALLAH BERIKAN.

 


* Syukur ialah memuji Allah atas nikmat yang dikurniakan.

* Ciri-ciri Syukur :

~ Berterima kasih dan mengucap Alhamdulillah.
~ Taat kepada Allah.
~ Banyak melakukan amalan soleh.

* Kelebihan Bersyukur :

~ Terhindar daripada sifat mazmumah.
~ Dikasihi Allah dan Rasul.
~ Rezekinya bertambah.
~ Disukai ibubapa , rakan dan manusia.
~ Terlepas daripada bala bencana.

* Akibat Tidak Bersyukur :

~ Allah sempitkan rezekinya.
~ Allah tidak memberkati kehidupannya.
~ Dimurkai Allah dan Rasul.

Wednesday, May 4, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : AL-MURU'AT.

*Muru'at ialah menjaga kehormatan diri daripada melakukan perkara dilarang dan dibenci Allah.

Ciri-ciri Bersifat Muru'at :
*Merendahkan diri dan bercakap dengan lemah-lembut.
*Memberi nasihat yang baik kepada orang lain.
*Bersabar apabila ditimpa musibah.
*Menyimpan rahsia.
*Mengamalkan perintah Allah secara berterusan.
*Mengawal diri daripada pergi ke tempat yang membawa kepada kejahatan.

Kelebihan Bersifat Muru'at :
*Dikasihi oleh Allah.
*Dipercayai dan dihormati manusia.
*Hidup dalam keadaan ceria.

Monday, May 2, 2011

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : SOLAT QASAR DAN JAMAK.

*Rukhsah Solat
-Rukhsah solat ialah kemudahan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara qasar dan jamak.
-Syarat-syarat perjalanan atau musafir yang diharuskan qasar dan jamak ialah:
(a) perjalanan yang bukan bertujuan maksiat.
(b) destinasi yang dituju melebihi dua marhalah (lebih kurang 94km).
(c) mengetahui destinasi yang dituju.


MENGETAHUI DESTINASI YANG DITUJU.



*Solat Jamak
- Pengertian solat jamak ialah perkataan jamak dari segi bahasa bermaksud himpun atau kumpul, manakala dari segi istilah syarak solat jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.
-Jenis-jenis solat jamak:
(a) solat jamak takdim: menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur.
(b) solat jamak takhir: menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar.
- Syarat solat jamak takdim:
(a) mendahulukan solat yang waktunya terdahulu iaitu solat Zuhur dan Maghrib.
(b) niat jamak dalam solat yang pertama.
(c) kedua-dua solat tersebut dilakukan secara berturut-turut.
(d) masih dalam perjalanan sehingga selesai solat kedua.
- Syarat solat jamak takhir:
(a) berniat akan melakukan solat jamak takhir semasa dalam solat pertama.
(b) masih dalam perjalanan sehingga selesai kedua-dua solat.

*Solat qasar
-Qasar mengikut bahasa bermaksud pendek dan ringkas.
-Solat qasar menurut istilah syarak ialah memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat.
-Syarat-syarat solat qasar:
(a) hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
(b) tidak berniat untuk bermukim melebihi empat hari, iaitu tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
(c) tidak berimamkan kepada imam yang solat yang sempurna rakaatnya.
(d) masuh dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar.

*Hikamat disyariatkan solat jamak dan qasar.
-Memberikan keringanan dan kemudahan kepada umat Islam untuk menunaikan solat fardhu ketika dalam musafir.
-Menggalakkan umat Islam bermusafir di mka bumi untuk menjalankan kehidupan dengan lebih baik.
-Sebagai tanda kasih dan sayang Allah S.W.T. kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.
-Umat Islam dapat menyempurnakan hajatnya tanpa meninggalkan perintah alla S.W.T.
-Menunjukkan ibadat fardhu wajib ditunaikan walau dalam apa jua keadaan.
Powered By Blogger