ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Saturday, September 15, 2012

SOLAT MINTA HUJAN (SOLAT ISTISQA')


*Rasulullah S.A.W bersabda :
  • Daripada Anas (r.a) sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah berdoa meminta hujan baginda isyaratkan belakang tangan baginda ke langit. (Riwayat Muslim)
*Pengertian :
  • Solat Sunat dua raka'at yang dilakukan bertujuan meminta diturunkan hujan kerana berlaku musim kemarau yang panjang.
*Cara melakukannya :

  • Seluruh penduduk kawasan yang terlibat berpuasa selama tiga hari berturut-turut sambil imam atau ketua kampung membanyakkan taubat.
  • Hari keempat semua penduduk berkumpul di satu tempat terbuka di tanah lapang untuk melakukan Solat Istisqa' dengan penuh rasa yakin dan taat kepada Allah.
*Lafaz niat :
Sahaja aku Sembahyang Sunat Istisqa' dua raka'at kerana Allah Taala.

*Surah-surah yang dibaca :

1.  Raka'at pertama : ~ Surah Al-Fatihah
                                 ~ Surah Al-A'la

2.  Raka'at kedua :  ~ Surah Al-Fatihah
                              ~ Surah Al-Ghasyiyah

*Selepas solat imam hendaklah membaca khutbah.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger