ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Friday, April 29, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : TAWAKAL-BERTAWAKAL.






BERTAWAKAL KEPADA ALLAH AGAR PERJALANAN HIDUP DIBERKATI.

BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SUPAYA REZEKINYA BERTAMBAH.

BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN MEMBUAT PERSEDIAAN YANG CUKUP.

SETELAH BERUSAHA KITA SERAHKAN SEGALANYA KEPADA KETENTUAN ALLAH.



Erti Tawakal :
*Tawakal ialah berserah diri kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan dan meyakini Allah yang menentukan.

Ciri-ciri Tawakal :
*Melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
*Berdoa kepada Allah agar mendapat hasil yang baik.
*Menyerahkan segala ketentuan kepada Allah.
*Menerima segala ketentuan Allah dengan hati yang tenang dan reda.

Kepentingan Dan Pengajaran :
*Mendapat genjaran pahala.
*Mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat.
*Menjadikan diri tidak mudah berputus-asa dari rahmat Allah.
*Fikiran menjadi tenang dan tenteram.
*Reda dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah. 

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : IKHLAS.

MENOLONG ORANG BUTA MELINTAS JALAN DENGAN HATI IKHLAS.


*Ikhlas ialah melakukan amalan dengan hati yang tulus semata-mata kerana Allah.

Ciri-ciri Ikhlas :
*Mencari keredaan Allah.
*Tidak riak.
*beramal semata-mata kerana Allah.
*Tidak mengungkit-ungkit.
*Tidak mengharap balasan.

Kelebihan Bersifat Ikhlas :
*Amalan diterima Allah.
*Mendapat kepercayaan orang mukmin.
*Mendapat keberkatan dan keredaan Allah.
*Dikasihi Allah dan Rasulnya.

Thursday, April 28, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : AL-KHUSHUK.

SOLAT DENGAN KHUSHUK.




*Al-Khushuk ialah menghadirkan hati dan ingatan sepenuhnya kepada Allah dalam melaksanakan perintahnya.


Ciri-ciri Al-Khushuk :
*Menetapkan hati.
*Menetapkan jiwa.
*Menumpukan perhatian dalam mengerjekan ibadat.
*Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat kepada Allah.
*Berasa diperhatikan oleh Allah.

Kelebihan Al-Khushuk :
*Ibadat diterima oleh Allah S.W.A.T.
*Ibadat lebih sempurna.
*Menambah keimanan kepada Allah dan Rasulnya.
*Mendapat ketentangan jiwa dan kelapangan hati.
*Ibadat lebih sempurna.

Akibat Tidak Al-Khushuk :
*Mendapat kemurkaan Allah S.W.A.T.
*Putus Asa.
*Ibadat menjadi sia-sia dan tidak diterima Allah.
*Mudah terpengaruh melakukan perbuatan keji dan menukar.
*Sentiasa berasa gelisah.

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : AL-ISTIQAMAH.

Al-Istiqamah ialah berterusan melaksanakan perintah Allah.

Ciri-ciri Al-Istiqamah :
*Tidak berubah keimanan dan keyakinan kepada Allah disebabkan sesuatu pengaruh.
*Sentiasa memelihara keyakinan kepada Allah dan Rasul.
*Tetap pendirian dalam beriman kepada Allah dan Rasul.

Kelebihan Al-Istiqamah :
*Tidak terpengaruh dengan ciri kesesatan dan kemaksiatan.
*Sentiasa berpegang teguh dengan syariat Islam.
*Dikurniakan Allah keimanan dan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.
*Menambah keimanan kepada Allah dan Rasulnya.

Akibat Tidak Bersifat  Al-Iatiqamah :
*Mendapat kemurkaan Allah disebabkan meninggalkan peintah Allah.
*Hidup sentiasa terumbang-ambing tanpa panduan.
*Mudah dipengaruhi oleh ciri kesesatan dan kemaksiatan.
*Gagal dalam kehidupan.

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : SUNAT AB'AD DAN SUNAT HAI'AT DIDALAM SOLAT.

KANAK-KANAK SEDANG MEMBACA DOA.




Sunat Ab'ad.
*Sunat Ab'ad ialah perbuatan yang dituntut melakukannya ketika mengerjakan solat.
*Jika ditinggalkan atau terlupa hendaklah digenting dengan Sujud Sahwi.
*Sunat Ab'ad adalah seperti berikut :
~ Duduk tahyat awal.
~Membaca tahyat awal.
~Membaca selawat nabi dalam tahyat awal.
~Berdiri membaca kunut.
~Membaca doa kunut.
~Membaca selawat kepada keluarga nabi dalam tahyat akhir dan kunut.
~Kunut dalam solat sunat witir selepas pertengahan Ramadhan.

Sunat Hai'at.
*Sunat Hai'at ialah perbuatan yang dilakukan untuk menyempurnakan solat.
*Jika tertinggal atau terlupa tidak dituntut Sujud Sahwi.
*Sunat Hai'at adalah seperti berikut :
~Mengangkat kedua-dua tangan ketika Takbiratul'ihram.
~Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri.
~Membaca doa Iftitah.
~Membaca isti'azah sebelum membaca Al-Fatihah.
~Membaca surah selepas Al-Fatihah
~Menyaringkan bacaan Al-Fatihah dan surah pada solat Mahgrib, Ishak dan Subuh.
~Doa ketika iktidal :

~Mengucap amin selepas membaca Al-Fatihah.
~Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.
~Takbir intiqalat ketika rukuk, sujud, bangun dari sujud dan bangun dari tahyat awal.
~Duduk Istirahah selepas sujud pada rakaat pertama dan ketiga.
~Duduk Iftarash yaitu duduk tahyat awal.
~Duduk tawarik yaitu  duduk tahyat akhir.
~Memberi Isharah jari telunjuk semasa menyebut Illallah ketika membaca tahyat.
~ Memberi salam kedua.
                                                                                                                       
  
      

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : ZAKAT.



MEMBAYAR ZAKAT.




*Zakat  pada Loghat ialah pembersihan. 
*Zakat pada Istilah ialah harta tertentu diberikan kepada orang tertentu dengan syarat tertentu.

Zakat Harta :
*Harta yang wajib dikeluarkan zakat ialah emas, perak, wang, perniagaan, galian, rakaz, binatang ternakan, buah-buahan dan biji-bijian.

Zakat Fitrah :  
*Erti : Makanan tertentu yang dikeluarkan oleh setiap orang Islam menjelang Aidil Fitri.
*Hukum : Wajib.
*Kodar : Makanan yang mengenyangkan bersamaan 2.25Kg atau nilai wang yang sama dengannya.
*Syarat-syarat : Islam, merdeka, mempunyai lebihan makanan pada malam Hari Raya untuk dirinya dan tanggungngannya, hidup pada akhir bulan Ramadhan dan permulaan Shawal.
*Orang yang berhak menerimanya : Fakir, miskin, amal, muallaf,  hamba mukatab, orang yang berhutang (gharam ), fi sabilillah, ibnus'sabil.

Baca Dan Faham :
*Fakir : Orang yang mempunyai harta dan tiada mata pencarian atau mempunyai mata pencarian tetapi hasil pendapatannya tidak sampai separuh keperluan asas.
*Miskin : Orang yang mempunyai harta dan tiada mata pencarian tetapi hanya dapat menempung separuh atau lebih, tetapi masih belum mencukupi daripada keperluan asas. 
*Amal : Pemungut zakat yang dilantik pemerintah.
*Muallif : Orang yang baru memeluk Islam.  
*Hamba Mukatab : Hamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk dimerdekaan dirinya tetapi tidak mempunyai wang.
*Gharam : Orang yang berhutang yang dibenarkan oleh syarie.
*Fi sabililliah : Orang yang berjuang untuk menegakkan agama Allah.
*Ibnus'sabil : Musafir yang keputusan wang perbelanjaan dan tujuan perjalanan yang baik.

Hikmah Zakat.
*Mensyukuri nikmat Allah.
*Menolong fakir dan miskin.
*Menambah kesempurnaan ibadat puasa.
*Mengukuhkan hubungan Silatur'rahim.
*Harta bersih dan diberkati Allah.
*Mendapat pahala yang besar dan kemuliaan didunia.
*Melatih diri bersifat pemurah.

Tuesday, April 26, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : PEMBAHAGIAN HUKUM.

                   




*Didalam dan Hadith terdapat panduan hidup yang sempurna untuk seluruh manusia serta dinyatakan beberapa panduan hukum.
*Seluruh ilmu dalam kehidupan seseorang islam tidak terlepas daripada lima hukum.

Al-Quran Dan Hadith :
~Wajib.
~Sunat.
~Makruh.
~Haram.
~Harus.

Tujuan panduan hukum ditetapkan oleh Allah ialah seperti berikut :
*Agar manusia melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
*Umat Islam sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu amalan.
*Mendapat keredaan Allah dan sejahtera hidup di dunia dan di akhirat.                                                                  




SOLAT HUKUMNYA WAJIB.
PUASA DI BULAN RAMADHAN HUKUMNYA WAJIB.
Hukum Wajib :
*Wajib ialah melakukannya mendapat pahala dan meninggalkannya berdosa.
*Contohnya : solat lima waktu, zakat dan semua perintah Allah berupa Fardu Ain.
*Contohnya ialah larangan mencuri.  



BERSUGI HUKUMNYA SUNAT.

KORBAN HUKUMNYA SUNAT.


Hukum Sunat :
*Sunat ialah amalan yang apabila dilakukan mendapat pahala dan ditinggalkan tidak berdosa.
*Contoh amalan Sunat seperti Solat Sunat Rawatib, Solat Sunat Hajat, bersugi, korban dan pelbagai lagi.
*Amalan Sunat adalah pelengkap kepada amalan Wajib atau Fardu.








TIDUR HUKUMNYA HARUS.
         
MAKAN HUKUMNYA HARUS.




 Hukum Harus :
*Harus ialah sesuatu amalan yang dilakukan tidak mendapat pahala dan tidak berdosa.
*Contoh Hukum Harus seperti makan, minum, tidur dan lain-lain aktiviti harian dalam kehidupan kita.





MAKAN BUDU HUKUMNYA MAKROH.


MAKAN BAWANG HUKUMNYA 
Hukum Makroh :
*Makroh ialah sesuatu amalan apabila ditinggalkan mendapat pahala dan dilakukan tidak berdosa.
*Contohnya : memakan bawang, petai dan sebagainya yang membusukkan mulut, berwuduk secara berlebih-lebihan.
*Amalan yang Makroh jika diamalkan selalu akan menjadi haram.
*Jauhkan diri dari amalan Makroh supaya hidup berkati Allah.





MINUM ARAK HUKUMNYA HARAM.

MENCURI HUKUMNYA HARAM.
Hukum Haram :
*Haram ialah amalan yang dilakukan akan mendapat dosa dan apabila ditinggalkan mendapat pahala.
*Perbuatan Haram tidak disukai Allah, Rasul dan Masyarakat.
Perbuatan Haram ialah seperti berikut :
*Melawan atau menderhaka kepada dua ibubapa.
*Mencuri.
*Minum arak.
*Makan makanan yang Haram.
*Meninggalkan solat dan lain-lain lagi.                                             

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : SUJUD-SUJUD SUNAT.

SUJUD SUNAT.

Ustaz : Pernahkah kamu melihat orang sujud selain sujud dalam solat.
Nurul : Tidak pernah ustaz.
Ustaz : Selain daripada sujud didalam solat, terdapat sujud-sujud yang dilakukan diluar solat yang dinamakan Sujud Sunat.
Nurul : Apakah jenis-jenis Sujud Sunat ustaz ?
Ustaz : Terdapat tiga jenis Sujud Sunat yaitu Sujud Sahwi, Sujud Tilawah dan Sujud Syukur.


SUJUD SAHWI.

Sujud Sahwi :
Imran : Ustaz! Apakah Sujud Sahwi?
Ustaz : Sujud Sahwi ialah sujud dua kali selepas tahyat akhir sebelum salam.
Imran : Apakah perkara yang menyebabkan Sujud Sahwi, ustaz?
Ustaz : Perkara yang menyebabkan Sujud Sahwi ialah :
           *Meninggalkan dengan sengaja atau lupa atau syak sunat ab'ad.
           *Syak akan bilangan rakaat.
           *Melakukan perkara yang membatalkan solat kerana terlupa.
           *Meninggalkan rukun feqli dan qauli kerana terlupa.
Imran : Apakah bacaan ketika kita melakukan Sujud Sahwi, ustaz?
Ustaz : Bacaan ialah :                                                                 
DOA SUJUD TILAWAH.


KEEPER MALAYASIA SEDANG BERSUJUD SYUKUR.

 Sujud Syukur :

*Erti Sujud Syukur :
Dilakukan apabila mendapat nikmat atau keuntungan, terhindar daripada bahaya, mendapat kejayaan.

*Cara Sujud Syukur :
Dilakukan diluar solat sahaja kerana Sujud Syukur tidak ada hubungan dengan solat.

*Syarat-syarat Sujud Syukur :
~Menghadap kiblat.
~Berniat untuk Sujud Syukur.
~Membaca Takbir'ratulihram.
~Sujud sekali sahaja.
~Memberi salam sesudah duduk.

*Bacaan Ketika Sujud Syukur :
Sujud Syukur tidak ada bacaan seperti bacaan Sujud Tilawah atau bacaan memuji Allah ( Tasbih ).

LELAKI ITU SEDANG SUJUD TILAWAH DI ATAS BUKIT.

 Sujud Tilawah :

*Erti Sujud Tilawah :
Sujud Tilawah ialah sujud sekali bagi orang yang membaca Al-Quran pada ayat Al-Sajadah ketika solat atau diluar solat.

*Syarat-syarat Sujud Tilawah :
Syarat-syarat Sujud Tilawah ialah ketika dalam solat bersendirian hendaklah niat Sujud Tilawah lalu sujud. Apabila menjadi Makmum hendaklah mengikut perbuatan Imam.

*Cara-cara Melakukan Sujud Tilawah Diluar solat :
Jika diluar solat ia hendaklah suci daripada Hadas, Takbir'ratulihram, sujud sekali dan memberi salam.

                *Bacaan Sujud Tilawah :      
DOA SUJUD TILAWAH.








Powered By Blogger