ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Friday, October 5, 2012

SURAH AN-NAS


*Makna ayat :
  1. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia.
  2. "Yang Menguasai sekelian manusia,
  3. "Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia,
  4. "Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam,
  5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
  6. "( Iaitu pembisik dan penghasut ) dari kalangan Jin dan manusia".
*Tafsir ringkas :
  • Surah ini dinamakan An-Nas yang bererti manusia. Surah ini diturunkan di Mekah dan mempunyai enam ayat. Dalam surah ini Allah mengajar Nabi Muhammad (S.A.W) dan umatnya supaya memohon perlindungan daripada Allah yang menguasai seluruh alam supaya terselamat daripada segala bencana dan daripada kejahatan musuh-musuh yang terdiri daripada manusia, syaitan atau jin. Musuh itu sentiasa membisikkan godaan supaya manusia melakukan kejahatan dan keburukan atau membisikkan godaan supaya manusia menjadi waswas dan mendorong manusia supaya taat kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger