ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Monday, October 15, 2012

ADAB ZIARAH KUBUR


  1. Hukumnya sunat bagi lelaki, kerana menziarahi kubur itu mengingatkan orang yang hidup itu tentang soal mati dan hari akhirat.
  2. Hukumnya makruh bagi perempuan kalau ia menjaga auratnya dan tidak merapat / meraung dan bercampur gaul dengan lelaki, tetapi sekiranya tidak menjaga perkara tersebut di atas hukumnya adalah haram.
  3. Perempuan yang mengiringi jenazah ke kubur hukumnya adalah makruh.
  • Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : - "Berkata Ummu Atiyyah r.a bahawa kami ( wanita ) dilarang mengiringi jenazah dan tidak dikuatkan kepada kami."
*Ziarah Kubur Rasulullah S.A.W :
  • Hukumnya adalah sunat bagi lelaki dan perempuan menziarahi kubur Rasulullah S.A.W di Madinah Al Munawwarah kerana pahalanya dan kebaikannya amatlah besar.
*Ziarah Kubur Ibu Bapa :
  • Hukumnya adalah sunat muakkad pahalanya makin bertambah sekiranya kubur ibu bapa itu diziarahi setiap hari jumaat dan dibacakan surah Yasin kepada mereka.
*Adab dan Cara Menziarah Kubur :
  1. Hendaklah ia bersih dari hadas ( sunat berwudhu' ).
  2. Sebaik -baik sahaja sampai di tanah perkuburan sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur.
  3. Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atau kubur kedua ibu bapa hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan menghadap muka simati, sambil memberi salam secara khusus kepadanya.
  4. Selepas memberi salam, sunat membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati.
  5. Selepas membaca Al Quran hendaklah menghadap kiblat dan berdoa untuk simati.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger