ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Friday, September 14, 2012

PEMIMPIN


*Pemimpin ialah orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah untuk memimpin sesebuah negara, kumpulan atau persatuan seperti ibubapa, guru besar, raja-raja dan ketua kelas.

*Manakala maksud pemimpin yang amanah pemimpin yang menjalankan tugas mengikut syariat Islam.

*Pemimpin sangat penting didalam kehidupan sehingga apabila satu kumpulan manusia sebanyak tiga orang keluar bermusafir maka ALLAH mewajibkan mereka melantik pemimpin.

*Ciri-ciri pemimpin :
  •  Adil
  •  Berilmu
  •  Beriman
  •  Bertaqwa
  •  Berpandangan jauh
  •  Sihat tubuh badan
  •  Prihatin
  •  Berfikiran terbuka

*Pemimpin pelbagai peringkat :
  •  Bapa ( Keluarga )
  •  Guru ( Kelas )
  •  Guru besar ( Sekolah )
  •  Imam ( Masjid )
  •  Perdana menteri ( Negara )
  •  Menteri besar ( Negeri )
  •  Ketua kelas ( Kelas )
  •  Ketua kampung ( Kampung )


*Cara-cara untuk menyerlahkan atau menyuburkan bakat kepimpinan yang ada pada diri individu :


                                                               1) Latihan menjadi imam :
  • Imam adalah pemimpin yang mesti dipatuhi dan diikuti seperti apabila imam ruku' makmum akan ikut ruku' begitu juga sekiranya imam sujud makmum akan sujud.
  • Apabila seseorang telah menjadi imam, kita sebagai makmum wajib mengikut semua aktiviti dan perlakuan imam. 



2) Melatih diri menjadi pemimpin didalam kegiatan sekolah :
  • Latihan kepimpinan disekolah dapat dilakukan melalui kegiatan korikulum seperti :
~ Sebagai ahli jawatankuasa kelab
~ Ketua pengawas sekolah
~ Ketua kelas


3) Bakal pemimpin perlu berusaha meningkatkan kepimpinan melalui kursus-kursus dan kegiatan-kegiatan yang dapat memupuk kepimpinan.




No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger