ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Tuesday, May 31, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : BERANI KERANA BENAR.






BERANI KERANA BENAR.


* Sirah :
Bilal Bin Rabah dengan berani menyatakan kebenaran Islam kepada Umayyah. Umayyah sangat marah lalu Bilal Bin Rabah dikurung tanpa memberi makanan dan minuman. Bilal Bin Rabah juga diseksa dan dipaksa meninggal agama Islam namun Bilal Bin Rabah tetap dengan pendiriannya dan berani menyatakan kebenaran Islam. Bilal Bin Rabah sedikit pun tidak merasa takut kerana yakin dengan pertolongan Allah. Beliau berani kerana benar.

* Erti Berani Kerana Benar :
~ Berani menyatakan kebenaran Islam dan sanggup menempuh kesusahan untuk mendapat keredaan Allah.
~ Sifat berani kerana benar adalah sifat yang terpuji sesuai dengan hadith Rasulullah S.A.W.

Bermaksud :  Katakan yang benar walaupun ia pahit.




* Pengajaran :
~ Sifat berani akan mendurung seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.
~ Sifat berani yang dituntut oleh Islam ialah berani menyatakan kebenaran ajaran Islam kepada sesiapa sahaja.
~ Sifat berani yang terkeji dan dilarang didalam Islam ialah berani dalam melakukan perkara dosa seperti berani membunuh , merompak dan sebagainya.
~ Sifat berani akan menambahkan keimanan kepada Allah dan mendapat keridaan dari Allah.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger