ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Thursday, April 28, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : SUNAT AB'AD DAN SUNAT HAI'AT DIDALAM SOLAT.

KANAK-KANAK SEDANG MEMBACA DOA.




Sunat Ab'ad.
*Sunat Ab'ad ialah perbuatan yang dituntut melakukannya ketika mengerjakan solat.
*Jika ditinggalkan atau terlupa hendaklah digenting dengan Sujud Sahwi.
*Sunat Ab'ad adalah seperti berikut :
~ Duduk tahyat awal.
~Membaca tahyat awal.
~Membaca selawat nabi dalam tahyat awal.
~Berdiri membaca kunut.
~Membaca doa kunut.
~Membaca selawat kepada keluarga nabi dalam tahyat akhir dan kunut.
~Kunut dalam solat sunat witir selepas pertengahan Ramadhan.

Sunat Hai'at.
*Sunat Hai'at ialah perbuatan yang dilakukan untuk menyempurnakan solat.
*Jika tertinggal atau terlupa tidak dituntut Sujud Sahwi.
*Sunat Hai'at adalah seperti berikut :
~Mengangkat kedua-dua tangan ketika Takbiratul'ihram.
~Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri.
~Membaca doa Iftitah.
~Membaca isti'azah sebelum membaca Al-Fatihah.
~Membaca surah selepas Al-Fatihah
~Menyaringkan bacaan Al-Fatihah dan surah pada solat Mahgrib, Ishak dan Subuh.
~Doa ketika iktidal :

~Mengucap amin selepas membaca Al-Fatihah.
~Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.
~Takbir intiqalat ketika rukuk, sujud, bangun dari sujud dan bangun dari tahyat awal.
~Duduk Istirahah selepas sujud pada rakaat pertama dan ketiga.
~Duduk Iftarash yaitu duduk tahyat awal.
~Duduk tawarik yaitu  duduk tahyat akhir.
~Memberi Isharah jari telunjuk semasa menyebut Illallah ketika membaca tahyat.
~ Memberi salam kedua.
                                                                                                                       
  
      

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger