ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Tuesday, April 26, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : SUJUD-SUJUD SUNAT.

SUJUD SUNAT.

Ustaz : Pernahkah kamu melihat orang sujud selain sujud dalam solat.
Nurul : Tidak pernah ustaz.
Ustaz : Selain daripada sujud didalam solat, terdapat sujud-sujud yang dilakukan diluar solat yang dinamakan Sujud Sunat.
Nurul : Apakah jenis-jenis Sujud Sunat ustaz ?
Ustaz : Terdapat tiga jenis Sujud Sunat yaitu Sujud Sahwi, Sujud Tilawah dan Sujud Syukur.


SUJUD SAHWI.

Sujud Sahwi :
Imran : Ustaz! Apakah Sujud Sahwi?
Ustaz : Sujud Sahwi ialah sujud dua kali selepas tahyat akhir sebelum salam.
Imran : Apakah perkara yang menyebabkan Sujud Sahwi, ustaz?
Ustaz : Perkara yang menyebabkan Sujud Sahwi ialah :
           *Meninggalkan dengan sengaja atau lupa atau syak sunat ab'ad.
           *Syak akan bilangan rakaat.
           *Melakukan perkara yang membatalkan solat kerana terlupa.
           *Meninggalkan rukun feqli dan qauli kerana terlupa.
Imran : Apakah bacaan ketika kita melakukan Sujud Sahwi, ustaz?
Ustaz : Bacaan ialah :                                                                 
DOA SUJUD TILAWAH.


KEEPER MALAYASIA SEDANG BERSUJUD SYUKUR.

 Sujud Syukur :

*Erti Sujud Syukur :
Dilakukan apabila mendapat nikmat atau keuntungan, terhindar daripada bahaya, mendapat kejayaan.

*Cara Sujud Syukur :
Dilakukan diluar solat sahaja kerana Sujud Syukur tidak ada hubungan dengan solat.

*Syarat-syarat Sujud Syukur :
~Menghadap kiblat.
~Berniat untuk Sujud Syukur.
~Membaca Takbir'ratulihram.
~Sujud sekali sahaja.
~Memberi salam sesudah duduk.

*Bacaan Ketika Sujud Syukur :
Sujud Syukur tidak ada bacaan seperti bacaan Sujud Tilawah atau bacaan memuji Allah ( Tasbih ).

LELAKI ITU SEDANG SUJUD TILAWAH DI ATAS BUKIT.

 Sujud Tilawah :

*Erti Sujud Tilawah :
Sujud Tilawah ialah sujud sekali bagi orang yang membaca Al-Quran pada ayat Al-Sajadah ketika solat atau diluar solat.

*Syarat-syarat Sujud Tilawah :
Syarat-syarat Sujud Tilawah ialah ketika dalam solat bersendirian hendaklah niat Sujud Tilawah lalu sujud. Apabila menjadi Makmum hendaklah mengikut perbuatan Imam.

*Cara-cara Melakukan Sujud Tilawah Diluar solat :
Jika diluar solat ia hendaklah suci daripada Hadas, Takbir'ratulihram, sujud sekali dan memberi salam.

                *Bacaan Sujud Tilawah :      
DOA SUJUD TILAWAH.








1 comment:

  1. adakah suci dari hadas kecil dan hadas besar menjadi syarat kepada sujud syukur?

    ReplyDelete

Powered By Blogger