ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Tuesday, April 26, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : PEMBAHAGIAN HUKUM.

                   




*Didalam dan Hadith terdapat panduan hidup yang sempurna untuk seluruh manusia serta dinyatakan beberapa panduan hukum.
*Seluruh ilmu dalam kehidupan seseorang islam tidak terlepas daripada lima hukum.

Al-Quran Dan Hadith :
~Wajib.
~Sunat.
~Makruh.
~Haram.
~Harus.

Tujuan panduan hukum ditetapkan oleh Allah ialah seperti berikut :
*Agar manusia melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
*Umat Islam sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu amalan.
*Mendapat keredaan Allah dan sejahtera hidup di dunia dan di akhirat.                                                                  




SOLAT HUKUMNYA WAJIB.
PUASA DI BULAN RAMADHAN HUKUMNYA WAJIB.
Hukum Wajib :
*Wajib ialah melakukannya mendapat pahala dan meninggalkannya berdosa.
*Contohnya : solat lima waktu, zakat dan semua perintah Allah berupa Fardu Ain.
*Contohnya ialah larangan mencuri.  



BERSUGI HUKUMNYA SUNAT.

KORBAN HUKUMNYA SUNAT.


Hukum Sunat :
*Sunat ialah amalan yang apabila dilakukan mendapat pahala dan ditinggalkan tidak berdosa.
*Contoh amalan Sunat seperti Solat Sunat Rawatib, Solat Sunat Hajat, bersugi, korban dan pelbagai lagi.
*Amalan Sunat adalah pelengkap kepada amalan Wajib atau Fardu.








TIDUR HUKUMNYA HARUS.
         
MAKAN HUKUMNYA HARUS.




 Hukum Harus :
*Harus ialah sesuatu amalan yang dilakukan tidak mendapat pahala dan tidak berdosa.
*Contoh Hukum Harus seperti makan, minum, tidur dan lain-lain aktiviti harian dalam kehidupan kita.





MAKAN BUDU HUKUMNYA MAKROH.


MAKAN BAWANG HUKUMNYA 
Hukum Makroh :
*Makroh ialah sesuatu amalan apabila ditinggalkan mendapat pahala dan dilakukan tidak berdosa.
*Contohnya : memakan bawang, petai dan sebagainya yang membusukkan mulut, berwuduk secara berlebih-lebihan.
*Amalan yang Makroh jika diamalkan selalu akan menjadi haram.
*Jauhkan diri dari amalan Makroh supaya hidup berkati Allah.





MINUM ARAK HUKUMNYA HARAM.

MENCURI HUKUMNYA HARAM.
Hukum Haram :
*Haram ialah amalan yang dilakukan akan mendapat dosa dan apabila ditinggalkan mendapat pahala.
*Perbuatan Haram tidak disukai Allah, Rasul dan Masyarakat.
Perbuatan Haram ialah seperti berikut :
*Melawan atau menderhaka kepada dua ibubapa.
*Mencuri.
*Minum arak.
*Makan makanan yang Haram.
*Meninggalkan solat dan lain-lain lagi.                                             

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger