MEMBAYAR ZAKAT. |
*Zakat pada Loghat ialah pembersihan.
*Zakat pada Istilah ialah harta tertentu diberikan kepada orang tertentu dengan syarat tertentu.
Zakat Harta :
*Harta yang wajib dikeluarkan zakat ialah emas, perak, wang, perniagaan, galian, rakaz, binatang ternakan, buah-buahan dan biji-bijian.
Zakat Fitrah :
*Erti : Makanan tertentu yang dikeluarkan oleh setiap orang Islam menjelang Aidil Fitri.
*Hukum : Wajib.
*Kodar : Makanan yang mengenyangkan bersamaan 2.25Kg atau nilai wang yang sama dengannya.
*Syarat-syarat : Islam, merdeka, mempunyai lebihan makanan pada malam Hari Raya untuk dirinya dan tanggungngannya, hidup pada akhir bulan Ramadhan dan permulaan Shawal.
*Orang yang berhak menerimanya : Fakir, miskin, amal, muallaf, hamba mukatab, orang yang berhutang (gharam ), fi sabilillah, ibnus'sabil.
Baca Dan Faham :
*Fakir : Orang yang mempunyai harta dan tiada mata pencarian atau mempunyai mata pencarian tetapi hasil pendapatannya tidak sampai separuh keperluan asas.
*Miskin : Orang yang mempunyai harta dan tiada mata pencarian tetapi hanya dapat menempung separuh atau lebih, tetapi masih belum mencukupi daripada keperluan asas.
*Amal : Pemungut zakat yang dilantik pemerintah.
*Muallif : Orang yang baru memeluk Islam.
*Hamba Mukatab : Hamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk dimerdekaan dirinya tetapi tidak mempunyai wang.
*Gharam : Orang yang berhutang yang dibenarkan oleh syarie.
*Fi sabililliah : Orang yang berjuang untuk menegakkan agama Allah.
*Ibnus'sabil : Musafir yang keputusan wang perbelanjaan dan tujuan perjalanan yang baik.
Hikmah Zakat.
*Mensyukuri nikmat Allah.
*Menolong fakir dan miskin.
*Menambah kesempurnaan ibadat puasa.
*Mengukuhkan hubungan Silatur'rahim.
*Harta bersih dan diberkati Allah.
*Mendapat pahala yang besar dan kemuliaan didunia.
*Melatih diri bersifat pemurah.
Hikmah Zakat.
*Mensyukuri nikmat Allah.
*Menolong fakir dan miskin.
*Menambah kesempurnaan ibadat puasa.
*Mengukuhkan hubungan Silatur'rahim.
*Harta bersih dan diberkati Allah.
*Mendapat pahala yang besar dan kemuliaan didunia.
*Melatih diri bersifat pemurah.
No comments:
Post a Comment