ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103
Showing posts with label TAUHID. Show all posts
Showing posts with label TAUHID. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

20 SIFAT WAJIB DAN MUSTAHIL ALLAH




1) SIFAT WAJIB : WUJUD
        MAKNA : Ada

        SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.


2) SIFAT WAJIB :QIDAM
         MAKNA : Sedia
         SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada).


3) SIFAT WAJIB : BAQA
        MAKNA : Kekal
        SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa).



4) SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
         MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
         SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.


 5) SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
         MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
         SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.


6) SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
         MAKNA : Esa
         SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia   mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.


     7) SIFAT WAJIB : QUDRAT
         MAKNA : Kuasa
         SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.


      8) SIFAT WAJIB : IRADAT
          MAKNA : Menentukan

          SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.



      9) SIFAT WAJIB : ILMU
           MAKNA : Mengetahui
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.
 
   10) SIFAT WAJIB : HAYAT
          MAKNA : Hidup
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.
 
   11) SIFAT WAJIB : SAMA
          MAKNA : Mendengar
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.
 
   12) SIFAT WAJIB : BASAR
          MAKNA : Melihat
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.
 
   13) SIFAT WAJIB : KALAM
          MAKNA : Berkata-kata
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.
 
    14) SIFAT WAJIB : QOODIRUN
          MAKNA : Maha Kuasa
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak  berkuasa.

  15) SIFAT WAJIB : MURIIDUN
        
 MAKNA : Menentukan
         SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

  16) SIFAT WAJIB : AALIMUN
         MAKNA : Maha Mengetahui
         SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

  17) SIFAT WAJIB : HAYUUN
         MAKNA : Hidup
         SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.
 
   18) SIFAT WAJIB : SAMI'UN
          MAKNA : Mendengar
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.
 
   19) SIFAT WAJIB : BASIIRUN
          MAKNA : Melihat
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak  melihat atau buta.
 
    20) SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
           MAKNA : Maha Berkata-kata
           SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Monday, April 25, 2011

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : KIAMAT.

Pengertian.
* Kiamat ialah hari kebangkitan semula mahluk selepas kehancuran alam dunia.
Tanda-tanda Hari Kiamat. 
*Tanda-tanda kecil :
1.Manusia suks berbunuh-bunuhan.
2.Ilmu pengetahuan dilenyapkan.
3.Orang miskin menjadi kaya.
4.Fitnah banyak terjadi.
5.Masa terasa terlalu cepat berlalu.
6.Anak-anak daripada golongan rendah menjadi pemerintahan.
7.Wanita lebih banyak daripada lelaki.
8.Lelaki menyerupa wanita.
9.Ibu menjadi hamba kepada anak-anaknya.
10.Manusia berluba-lumba mendirikan bangunan tinggi.
*Tanda-tanda besar :
1.Lahirnya imam Mahadi.
2.Munculnya Dajal.
3.Turunnya Nabi Isa A.S.
4.Munculnya binatang yang dinamakan Dabatularad.
5.Matahari terbit dari sebelah barat.


PENDIDIKAN TERAS ISLAM : MEYAKINI PERKARA-PERKARA SAMI'YAT.

Pengertian Sami'yat.
* Sami'yat ialah perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata, hanya boleh diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadis.
* Kita wajib mempercayainya kerana ia pemberitaan yang datang dari Allah dan Rasul.Orang yang tidak mempercayai adalah berdosa.
* Perkara-perkara Sami'yat adalah seperti berikut :
 ~ Alam kubur ( Barzah).
 ~ Hari Kiamat.
 ~ Mizan.
 ~ Sirath.
 ~ Shafaat.
 ~  Syurga.
 ~ Neraka.
 ~ Mahshar.
 ~ Hisab.

PENDIDIKAN TERAS ISLAM : PERKARA YANG MENYALAHI ADAT.

Pengertian :
* Perkara yang berlaku kepada seseorang di luar adat kebiasaan manusia biasa.
* Contoh-contoh perkara yang menyalahi adat ialah :
  1) Berjalan diatas air.
  2) Masuk melalui tembok batu.
  3) Makan bara api.
* Perkara yang menyalahi adat terbahagi kepada dua :
Bahagian pertama :
* Perkara yang menyalahi adat datangnya daripada Allah dan diberikan kepada Nabi dan Rasul serta orang soleh dan wajib dipercayai dan diyakini.Contohnya :
  1) Nabi Daud A.S boleh melembutkan besi dengan tangannya.
  2) Nabi Sulaiman memahami bahasa binatang.
  3) Nabi Ibrahim tidak terbakar oleh api.
  4) Nabi Yunus tidak mati walaupun berada lama didalam perut ikan paus.
Bahagian dua :
* Perkara yang menyalahi adat datangnya daripada syaitan dikenali dengan nama sihir.Datangnya daripada pertolongan syaitan semata-semata.
*Wajib dijauhi dan sentiasa berhati-hati.
Contoh :
1) Memotong anggota manusia dan disambung kembali.
2) Dihiris dengan pisau tapi tidak luka.
3) Memakan bara api.
4) Menyucuk badan dengan besi yang tajam tanpa merasa sakit. 






Powered By Blogger