*Rasulullah S.A.W bersabda :
- Daripada Anas (r.a) sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah berdoa meminta hujan baginda isyaratkan belakang tangan baginda ke langit. (Riwayat Muslim)
- Solat Sunat dua raka'at yang dilakukan bertujuan meminta diturunkan hujan kerana berlaku musim kemarau yang panjang.
- Seluruh penduduk kawasan yang terlibat berpuasa selama tiga hari berturut-turut sambil imam atau ketua kampung membanyakkan taubat.
- Hari keempat semua penduduk berkumpul di satu tempat terbuka di tanah lapang untuk melakukan Solat Istisqa' dengan penuh rasa yakin dan taat kepada Allah.
| Sahaja aku Sembahyang Sunat Istisqa' dua raka'at kerana Allah Taala. |
*Surah-surah yang dibaca :
1. Raka'at pertama : ~ Surah Al-Fatihah
~ Surah Al-A'la
2. Raka'at kedua : ~ Surah Al-Fatihah
~ Surah Al-Ghasyiyah
*Selepas solat imam hendaklah membaca khutbah.

No comments:
Post a Comment