*Pemimpin ialah orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah untuk memimpin sesebuah negara, kumpulan atau persatuan seperti ibubapa, guru besar, raja-raja dan ketua kelas.
*Manakala maksud pemimpin yang amanah pemimpin yang menjalankan tugas mengikut syariat Islam.
*Pemimpin sangat penting didalam kehidupan sehingga apabila satu kumpulan manusia sebanyak tiga orang keluar bermusafir maka ALLAH mewajibkan mereka melantik pemimpin.
*Ciri-ciri pemimpin :
- Adil
- Berilmu
- Beriman
- Bertaqwa
- Berpandangan jauh
- Sihat tubuh badan
- Prihatin
- Berfikiran terbuka
*Pemimpin pelbagai peringkat :
- Bapa ( Keluarga )
- Guru ( Kelas )
- Guru besar ( Sekolah )
- Imam ( Masjid )
- Perdana menteri ( Negara )
- Menteri besar ( Negeri )
- Ketua kelas ( Kelas )
- Ketua kampung ( Kampung )
*Cara-cara untuk menyerlahkan atau menyuburkan bakat kepimpinan yang ada pada diri individu :
1) Latihan menjadi imam :
- Imam adalah pemimpin yang mesti dipatuhi dan diikuti seperti apabila imam ruku' makmum akan ikut ruku' begitu juga sekiranya imam sujud makmum akan sujud.
- Apabila seseorang telah menjadi imam, kita sebagai makmum wajib mengikut semua aktiviti dan perlakuan imam.
2) Melatih diri menjadi pemimpin didalam kegiatan sekolah :
- Latihan kepimpinan disekolah dapat dilakukan melalui kegiatan korikulum seperti :
~ Ketua pengawas sekolah
~ Ketua kelas
3) Bakal pemimpin perlu berusaha meningkatkan kepimpinan melalui kursus-kursus dan kegiatan-kegiatan yang dapat memupuk kepimpinan.
No comments:
Post a Comment