*Rukhsah Solat
-Rukhsah solat ialah kemudahan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara qasar dan jamak.
-Syarat-syarat perjalanan atau musafir yang diharuskan qasar dan jamak ialah:
(a) perjalanan yang bukan bertujuan maksiat.
(b) destinasi yang dituju melebihi dua marhalah (lebih kurang 94km).
(c) mengetahui destinasi yang dituju.
 |
MENGETAHUI DESTINASI YANG DITUJU. |
*Solat Jamak
- Pengertian solat jamak ialah perkataan jamak dari segi bahasa bermaksud himpun atau kumpul, manakala dari segi istilah syarak solat jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.
-Jenis-jenis solat jamak:
(a) solat jamak takdim: menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur.
(b) solat jamak takhir: menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar.
- Syarat solat jamak takdim:
(a) mendahulukan solat yang waktunya terdahulu iaitu solat Zuhur dan Maghrib.
(b) niat jamak dalam solat yang pertama.
(c) kedua-dua solat tersebut dilakukan secara berturut-turut.
(d) masih dalam perjalanan sehingga selesai solat kedua.
- Syarat solat jamak takhir:
(a) berniat akan melakukan solat jamak takhir semasa dalam solat pertama.
(b) masih dalam perjalanan sehingga selesai kedua-dua solat.
*Solat qasar
-Qasar mengikut bahasa bermaksud pendek dan ringkas.
-Solat qasar menurut istilah syarak ialah memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat.
-Syarat-syarat solat qasar:
(a) hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
(b) tidak berniat untuk bermukim melebihi empat hari, iaitu tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
(c) tidak berimamkan kepada imam yang solat yang sempurna rakaatnya.
(d) masuh dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar.
*Hikamat disyariatkan solat jamak dan qasar.
-Memberikan keringanan dan kemudahan kepada umat Islam untuk menunaikan solat fardhu ketika dalam musafir.
-Menggalakkan umat Islam bermusafir di mka bumi untuk menjalankan kehidupan dengan lebih baik.
-Sebagai tanda kasih dan sayang Allah S.W.T. kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.
-Umat Islam dapat menyempurnakan hajatnya tanpa meninggalkan perintah alla S.W.T.
-Menunjukkan ibadat fardhu wajib ditunaikan walau dalam apa jua keadaan.