AIR BERSIH. |
Air Mustaqmal :
*Air mustaqmal ialah air mutlak kurang dua kolah yang telah digunakan untuk mengangkat hadas( berwuduk atau mandi wajib) atau untuk membasuh najis.
*Air Mustaqmal bersifat suci tetapi tidak menyucikan yang lain.
*Jika air Mustaqmal dikumpulkan sehingga menjadi dua kolah maka hukumnya suci lagi menyucikan yang lain.
*Air Mustaqmal boleh digunakan untuk membersihkan pakaian membasuh pinggan mangkok dan sebagainya.
* Air Mustaqmal tidak boleh digunakan untuk berwuduk dan mandi wajib.
AIR MILO. |
AIR KOPI
Air Mutawayer.
*Air Mutawayer ialah air yang berubah apabila sesuatu yang bersih dimasukkan seperti kopi,milo,teh,nila dan sebagainya sehingga berubah sifatnya yaitu warna,bau dan rasa.
*Air yang dimasukkan sesuatu tetapi tidak berubah sifat air tersebut tetap sebagai air mutlak.
*Air Mutawayer adalah suci tetapi tidak menyunyikan yang lain tetapi boleh di minum.
AIR MUTANAJIS. |
*Air Mutanajis ialah air kurang dua kolah termasuk najis kedalamnya sekalipun tidak berubah warna,bau dan rasa.
*Air Mutanajis tidak boleh digunakan untuk berwuduk,minum,membasuh dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment