ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Wednesday, December 11, 2013

KENALI ALLAH


ALLAH nama bagi satu zat yang wajib wujud(ada), tiada mula dan tidak binasa yang memilki segala sifat-sifat kesempurnaan dan tidak memiliki sifat-sifat kekurangan.

*Apa itu sifat-sifat kesempurnaan bagi ALLAH.
  • Sifat-sifat kesempurnaan itu ialah, ALLAH tidak ada sedikit pun sifat-sifat lemah seperti mengantuk,lapar,sakit,penat dan sebagainya.
*ALLAH juga tidak perlukan pertolongan manusia untuk melaksanakan tugasnya seperti:
  • Menjadikan bumi yang indah ini.
  • Menyembuh penyakit manusia.
  • Terbitkan matahari.
  • Menciptakan manusia.
  • Mencipta laut yang terbentang luas.
  • Menurunkan hujan.
           Semua ini kerja ALLAH yang besar-besar yang tidak perlukan sedikit pun pertolongan manusia........hebat tak ALLAH!!!

*ALLAH tidak duduk diatas langit dan arasy bahkan ALLAH itu tidak berada di mana-mana.....langit dan arasy itukan makhluk ALLAH.... kenapa pula ALLAH perlukan langit dan arasy untuk duduk pula....

*ALLAH juga tidak seperti makhluk-makhluk yang kita lihat seperti:
  • Duduk di atas atau bawah.
  • Berdiri.
  • Ada tangan dan kaki.
  • Mempunyai anak dan isteri.
  • Bercakap-cakap dengan suara seperti manusia.
  • Ada muka.
  • Terapung-apung di udara.
  • Badan yang besar.
  • Memakai pakaian putih.
  • Boleh terbang.
  • Lembut seperti angin.
  • Duduk di atas awan dan banyak lagi.
          Semua diatas adalah bukan ciri-ciri tuhan yang kita sembah selama ini. Ingat!!! para-para muslim sekalian, jangan cakap perkara-perkara diatas walaupun dalam hati.....kerana ianya boleh menyebabkan kita TERKELUAR DARI AGAMA ISLAM!!!!!
Sesiapa yang terfikir perkara-perkara tersebut.......cepat-cepatlah ISTIGHFAR......


*Kalau kita takut masuk neraka selalulah ucap istighfar, nanti ALLAH akan ampunkan dosa-dosa kita..... dan tak jadi masuk neraka INSYAALLAH.

Powered By Blogger