ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Monday, October 15, 2012

ADAB ZIARAH KUBUR


  1. Hukumnya sunat bagi lelaki, kerana menziarahi kubur itu mengingatkan orang yang hidup itu tentang soal mati dan hari akhirat.
  2. Hukumnya makruh bagi perempuan kalau ia menjaga auratnya dan tidak merapat / meraung dan bercampur gaul dengan lelaki, tetapi sekiranya tidak menjaga perkara tersebut di atas hukumnya adalah haram.
  3. Perempuan yang mengiringi jenazah ke kubur hukumnya adalah makruh.
  • Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : - "Berkata Ummu Atiyyah r.a bahawa kami ( wanita ) dilarang mengiringi jenazah dan tidak dikuatkan kepada kami."
*Ziarah Kubur Rasulullah S.A.W :
  • Hukumnya adalah sunat bagi lelaki dan perempuan menziarahi kubur Rasulullah S.A.W di Madinah Al Munawwarah kerana pahalanya dan kebaikannya amatlah besar.
*Ziarah Kubur Ibu Bapa :
  • Hukumnya adalah sunat muakkad pahalanya makin bertambah sekiranya kubur ibu bapa itu diziarahi setiap hari jumaat dan dibacakan surah Yasin kepada mereka.
*Adab dan Cara Menziarah Kubur :
  1. Hendaklah ia bersih dari hadas ( sunat berwudhu' ).
  2. Sebaik -baik sahaja sampai di tanah perkuburan sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur.
  3. Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atau kubur kedua ibu bapa hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan menghadap muka simati, sambil memberi salam secara khusus kepadanya.
  4. Selepas memberi salam, sunat membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati.
  5. Selepas membaca Al Quran hendaklah menghadap kiblat dan berdoa untuk simati.

Sunday, October 14, 2012

SOLAT JENAZAH



  • Sakinah dan Shirah diberikan tugas untuk mengumpulkan maklumat tentang solat jenazah. Sakinah mencari maklumat dengan membuat rujukan di internet.
*Pengertian solat jenazah :
  • Solat yang dilakukan oleh orang islam yang hidup keatas mayat orang islam.
*Hukum :
  • Fardhu kifayah.
*Sabda Rasulullah yang bermaksud :
  • Solatlah kamu keatas orang yang mati diklangan kamu.
*Solat jenazah tidak mempunyai ruku', iktidal, sujud, duduk diantara dua sujud dan tahyat. Ia terdapat empat kali takbir.

*Rukun-rukun solat jenazah :
1. Niat.
2. Berdiri betul seperti solat yang lain.
3. Membaca takbir empat kali dengan lafaz Allah Akbar termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca Al-Fatihah selepas takbir yang pertama.
5. Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W selepas takbir kedua :  
6. Membaca doa untuk jenazah selepas takbir ketiga :
Jenazah lelaki


Jenazah perempuan
7. Memberi selama selepas takbir yang keempat :



*Syarat-syarat solat jenazah :
  1. Semua syarat solat yang lain adalah menjadi syarat kepada solat jenazah seperti menutup aurat, suci daripada hadas ( besar dan kecil ), bersih dan suci daripada najis dan kotoran pada tempat, pakaian dan menghadap kiblat.
  2. Solat jenazah hendaklah dilakukan setelah jenazah itu selesai dimandikan dan dikafankan menurut pendapat Imam Nawawi, menyembahyangkan jenazah yang belum dikafankan hukumnya makruh.
  3. Letakkan jenazah dihadapan orang yang menyembahyangkannya, yaitu di pihak kiblat. Janganlah solat terkehadapan daripada mayat syarat itu dikecualikan bagi solat ghaib.
*Niat solat jenazah :


Tuesday, October 9, 2012

DOA MASUK / KELUAR MASJID


  • Doa apabila keluar dari rumah menuju masjid :



  • Doa apabila masuk/keluar ke masjid :




DOA BERWUDUK

  • Sebelum memulakan mengambil wuduk iaitu ketika membasuh tangan dan berkumur-kumur, bacalah doa berikut :




  • Setelah selesai mengambil wuduk, bacalah doa :


Monday, October 8, 2012

SURAH AL-FALAQ


*Makna ayat :
1. Katakanlah ( wahai Muhammad ) : "Aku berlindung kepada ( Allah ) Tuhan yang menciptakan sekelian makhluk,
2. " Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan ;
3. " Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk ;
4. " Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan ( dan ikatan-ikatan ) ;
5. " Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya ".

*Tafsir ringkas :

  • Surah ini dinamakan Al-Falaq yaitu waktu Subuh. Surah ini diturunkan di Mekah dan mempunyai lima ayat. Dalam surah ini Allah mengajar Nabi Muhammad S.A.W dan umatNya supaya sentiasa meminta pertolongan dan jagaan kepada Allah Subhana Wataala meminta agar dilindungi daripada kejahatan makhluk dan daripada kejahatan yang akan berlaku pada waktu malam seperti pencuri, binatang buas dan sebagainya. Begitu juga meminta agar dilindungi daripada kejahatan tukang sihir yang dapat memisahkan suami daripada isteri. Selain itu meminta agar dilindungi daripada pendengki-pendengki yang ingin meruntuhkan kesenangan atau nikmat yang diberikan kepada orang lain.

Friday, October 5, 2012

DOA KELUAR MASUK TANDAS


  • Masuk ke tandas dengan kaki kiri dan membaca doa :
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku meminta perlindungan dengan Engkau dari syaitan jantan dan betina.

  • Setelah selesai membuang air, keluarlah segera dengan melangkah kaki kanan dan membaca doa kesyukuran :


Ertinya : Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku kesakitan dan menyihatkan aku.


SURAH AN-NAS


*Makna ayat :
  1. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia.
  2. "Yang Menguasai sekelian manusia,
  3. "Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia,
  4. "Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam,
  5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
  6. "( Iaitu pembisik dan penghasut ) dari kalangan Jin dan manusia".
*Tafsir ringkas :
  • Surah ini dinamakan An-Nas yang bererti manusia. Surah ini diturunkan di Mekah dan mempunyai enam ayat. Dalam surah ini Allah mengajar Nabi Muhammad (S.A.W) dan umatnya supaya memohon perlindungan daripada Allah yang menguasai seluruh alam supaya terselamat daripada segala bencana dan daripada kejahatan musuh-musuh yang terdiri daripada manusia, syaitan atau jin. Musuh itu sentiasa membisikkan godaan supaya manusia melakukan kejahatan dan keburukan atau membisikkan godaan supaya manusia menjadi waswas dan mendorong manusia supaya taat kepada-Nya.
Powered By Blogger