ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT DATANG KE DUNIAKU 2103

Friday, September 21, 2012

ASMA UL-HUSNA










SOLAT MUTLAK


*Sumber hukum :
  • Sembahyang Sunat Mutlak ialah sembahyang sunat yang tidak ditentukan waktu dan sebabnya ianya dilakukan solat sunat. Bilangan raka'atnya juga tidak ditentukan, cara tiap-tiap dua raka'at satu salam.
*Dalil sabda Nabi S.A.W :
  • Terjemahan : Sembahyang itu adalah suatu perkara yang terbaik sama ada dikerjakan banyak atau sedikit.
*Masa-masa yang diharamkan :
  • Selepas Solat Subuh sehingga matahari naik sekadar segalah.
  • Selepas Solat Asar hingga matahari terbenam.
  • Ketika matahari tegak sehingga matahari gelincir kecuali hari jumaat.
  • Ketika terbit matahari sehingga matahari naik sekadar segalah.  

Sunday, September 16, 2012

SURAH AL-FATIHAH

*Makna ayat : 

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian 'alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan ( Hari Akhirat ).
  5. Engkau-lah sahaja ( Ya Allah ) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
*Tafsir ringkas :
  •  Surah ini dinamakan Al-Fatihah yang bererti pembukaan. Surah ini diturunkan di Mekah dan mempunyai tujuh ayat. Allah memerintahkan kita supaya memulai bacaan Surah Al-Fatihah dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah, kerana Dia-lah yang memberi rahmat kepada sekalian mahlukNya. Disambung dengan sebutan Allah bersifat penyayang. Oleh sebab itulah segala pujian hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja dan Allah jugalah yang menjaga dan mengurus seluruh alam. Dia yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang melimpahkan rahmat-Nya kepada sekalian mahlukNya. Dia juga berkuasa pada Hari Kiamat.
  • Hanya kepada Allah kita menyembah dan beribadat. Penyembahan dan perhambaan diri khusus untuk Allah sahaja demi menyatakan takwa dan keimanan kepadaNya dan sesungguhnya Allah itu amat pemurah lagi amat Maha Sempurna. Oleh sebab itu hanya kepada Allah sahaja kami memohon sebarang hajat kami. Tunjukilah dan pimpinlah kami ke jalan yang lurus yaitu jalan yang diikuti orang-orang yang baik dan orang-orang yang telah diberikan nikamat kepada mereka oleh Allah. Dan kami minta dijauhkan jalan yang diikuti oleh orang-orang yang tidak disukai Allah apatah lagi orang-orang yang sesat.

Saturday, September 15, 2012

SOLAT MINTA HUJAN (SOLAT ISTISQA')


*Rasulullah S.A.W bersabda :
  • Daripada Anas (r.a) sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah berdoa meminta hujan baginda isyaratkan belakang tangan baginda ke langit. (Riwayat Muslim)
*Pengertian :
  • Solat Sunat dua raka'at yang dilakukan bertujuan meminta diturunkan hujan kerana berlaku musim kemarau yang panjang.
*Cara melakukannya :

  • Seluruh penduduk kawasan yang terlibat berpuasa selama tiga hari berturut-turut sambil imam atau ketua kampung membanyakkan taubat.
  • Hari keempat semua penduduk berkumpul di satu tempat terbuka di tanah lapang untuk melakukan Solat Istisqa' dengan penuh rasa yakin dan taat kepada Allah.
*Lafaz niat :
Sahaja aku Sembahyang Sunat Istisqa' dua raka'at kerana Allah Taala.

*Surah-surah yang dibaca :

1.  Raka'at pertama : ~ Surah Al-Fatihah
                                 ~ Surah Al-A'la

2.  Raka'at kedua :  ~ Surah Al-Fatihah
                              ~ Surah Al-Ghasyiyah

*Selepas solat imam hendaklah membaca khutbah.

SOLAT DHUHA



*Pengertian :
  • Solat yang dilakukan selepas matahari terbit sekadar satu galah dan berakhir apabila masuk waktu zuhur.


*Lafaz niat :
Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua raka'at kerana ALLAH TAALA.

*Bilangan raka'at :
  • Sekurang-kurangnya dua raka'at atau sebanyak-banyaknya lapan raka'at.


*Fadhilat :
  • Diampuni dosa.
  • Dimurahkan rezeki dan menolak kefakiran.
  • Mendapat ganjaran pahala.


*Doa dibaca selepas Solat Sunat Dhuha :
*Surah yang dibaca :
  • Selepas membaca Surah Al-Fatihah, pada raka'at pertama baca Surah Syams dan raka'at kedua surah Surah Al-Dhuha.


Friday, September 14, 2012

PEMIMPIN


*Pemimpin ialah orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah untuk memimpin sesebuah negara, kumpulan atau persatuan seperti ibubapa, guru besar, raja-raja dan ketua kelas.

*Manakala maksud pemimpin yang amanah pemimpin yang menjalankan tugas mengikut syariat Islam.

*Pemimpin sangat penting didalam kehidupan sehingga apabila satu kumpulan manusia sebanyak tiga orang keluar bermusafir maka ALLAH mewajibkan mereka melantik pemimpin.

*Ciri-ciri pemimpin :
  •  Adil
  •  Berilmu
  •  Beriman
  •  Bertaqwa
  •  Berpandangan jauh
  •  Sihat tubuh badan
  •  Prihatin
  •  Berfikiran terbuka

*Pemimpin pelbagai peringkat :
  •  Bapa ( Keluarga )
  •  Guru ( Kelas )
  •  Guru besar ( Sekolah )
  •  Imam ( Masjid )
  •  Perdana menteri ( Negara )
  •  Menteri besar ( Negeri )
  •  Ketua kelas ( Kelas )
  •  Ketua kampung ( Kampung )


*Cara-cara untuk menyerlahkan atau menyuburkan bakat kepimpinan yang ada pada diri individu :


                                                               1) Latihan menjadi imam :
  • Imam adalah pemimpin yang mesti dipatuhi dan diikuti seperti apabila imam ruku' makmum akan ikut ruku' begitu juga sekiranya imam sujud makmum akan sujud.
  • Apabila seseorang telah menjadi imam, kita sebagai makmum wajib mengikut semua aktiviti dan perlakuan imam. 



2) Melatih diri menjadi pemimpin didalam kegiatan sekolah :
  • Latihan kepimpinan disekolah dapat dilakukan melalui kegiatan korikulum seperti :
~ Sebagai ahli jawatankuasa kelab
~ Ketua pengawas sekolah
~ Ketua kelas


3) Bakal pemimpin perlu berusaha meningkatkan kepimpinan melalui kursus-kursus dan kegiatan-kegiatan yang dapat memupuk kepimpinan.




Thursday, September 13, 2012

20 SIFAT WAJIB DAN MUSTAHIL ALLAH




1) SIFAT WAJIB : WUJUD
        MAKNA : Ada

        SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.


2) SIFAT WAJIB :QIDAM
         MAKNA : Sedia
         SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada).


3) SIFAT WAJIB : BAQA
        MAKNA : Kekal
        SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa).



4) SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
         MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
         SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.


 5) SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
         MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
         SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.


6) SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
         MAKNA : Esa
         SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia   mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.


     7) SIFAT WAJIB : QUDRAT
         MAKNA : Kuasa
         SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.


      8) SIFAT WAJIB : IRADAT
          MAKNA : Menentukan

          SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.



      9) SIFAT WAJIB : ILMU
           MAKNA : Mengetahui
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.
 
   10) SIFAT WAJIB : HAYAT
          MAKNA : Hidup
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.
 
   11) SIFAT WAJIB : SAMA
          MAKNA : Mendengar
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.
 
   12) SIFAT WAJIB : BASAR
          MAKNA : Melihat
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.
 
   13) SIFAT WAJIB : KALAM
          MAKNA : Berkata-kata
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.
 
    14) SIFAT WAJIB : QOODIRUN
          MAKNA : Maha Kuasa
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak  berkuasa.

  15) SIFAT WAJIB : MURIIDUN
        
 MAKNA : Menentukan
         SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

  16) SIFAT WAJIB : AALIMUN
         MAKNA : Maha Mengetahui
         SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

  17) SIFAT WAJIB : HAYUUN
         MAKNA : Hidup
         SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.
 
   18) SIFAT WAJIB : SAMI'UN
          MAKNA : Mendengar
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.
 
   19) SIFAT WAJIB : BASIIRUN
          MAKNA : Melihat
          SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak  melihat atau buta.
 
    20) SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
           MAKNA : Maha Berkata-kata
           SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Powered By Blogger